salam ramadhan..
sedar tak sedar...dah 16 hari kita berpuasa. kejap jer rasa..ermm...seronok bila tiba bulan puasa. bukan kerana apa, ni ramadhan last aku kt UTM. ermm,hari2 p pasar ramadhan kt FAB. dah cam jadi rutin lak..tp puasa kali ni berbeza ckit dari biasa...makan pun dh tak seberapa. nak kata jaga badan, tak jugak. di bulan yang baik ni, mari kita renung sekejap naper kita perlu pilih makanan yang kita makan..pernah tak tertanya dalam fikiran kenapa kita perlu makan makanan yang halal? xyah fikir susah-susahla...cuba bayangkan kalau kita ni jenis tak memilih....tak pernah kesah halal atau haram...mesti bangkai-bangkai binatang yang kat tepi-tepi jalan tu bersih kena sapu...berebut-rebut orang nak ambik..makan..eiiii...nauzubilllah..try pikir jap naper yek kita perlu makan makanan halal?
Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal.
Perintah Tuhan
Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita.
Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
“Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
(Surah al-Baqarah: 168)
Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan:
“Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)
Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)
Mengelakkan daripada azab Neraka
Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di Akhirat.
Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya. (Riwayat Thabrani)
Maksud Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)
Doa makbul
Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.
Rasulullah bersabda:
“Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim)
Rasulullah bersabda; “Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan.” (Riwayat Thabrani)
Diterima Amalan
Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.
Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)
Hati bersih
Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).”
P/S: jom p pasar ramadhan kat taman u plak hari ni...
Sikap
9 years ago
0 comments:
Post a Comment