BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 13, 2009

...."hati ini menangis..."

RAMAI antara kita yang terlalu mudah tersinggung dan lantas menangis. Menangis dan terus menangis. Benar bukan?
Mengapa mesti mengeluarkan air mata? Bukankah air mata itu amat berharga untuk kita? Patutkah ianya dibazirkan begitu sahaja? Apa perlunya menangis?
1) Ada orang menangis kerana hatinya disakiti. Apabila diperlakukan oleh seseorang dengan tindakan yang tidak digemari, mereka mudah untuk menangis. Perkara ini mudah berlaku kepada kaum wanita. Benar bukan?
2) Ada juga yang menangis kerana meratapi kehilangan atau pun kematian seseorang yang amat mereka kasihi. Ibu, ayah, adik-beradik atau pun orang yang terdekat.
3) Ada juga yang mengeluarkan air mata lantaran gagal untuk mengawal tekanan emosi yang terlalu menghambat diri. Mungkin disebabkan bebanan di tempat kerja atau tugasan-tugasan yang diletakkan sepenuhnya kepadanya.
4) Tidak kurang juga mereka yang menangis kerana terlalu gembira. Ya, terlalu gembira juga boleh meyebabkan kita mengeluarkan air mata. Itulah yang dipanggil air mata gembira.

BENAR...kadang-kadang kita perlu menangis..
menangisla hati...menangisla jiwa..
moga dengan tangisan itu dapat melunturkan rasa kedukaan di jiwa...
moga dengan air mata itu dapat mengembalikan seri warna hidup ini yang diselubungi awan hitam...
menangislah...
Laluan kehidupan tidak mudah. inilah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang
menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air
kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan.
Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

0 comments: