semalam...aku terfikir...teringat kembali cerita lama yang pernah aku lalui dahulu. suka duka, gelak tawa..aku ingati satu persatu...mungkin..mungkin dulu aku pernah menangis kerana satu nilai persahabatan yang padaku begitu erat terpatri yang telah hilang kerana kekhilafan ku sendiri..
aku sedar aku tidak sempurna...
Sebaik-baik kaya ialah KAYA HATI
Sebaik-baik bekal ialah TAQWA
Seburuk-buruk buta ialah BUTA HATI
Sebesar-besar dosa ialah BERDUSTA
Seburuk-buruk usaha ialah memungut RIBA
Seburuk-buruk makanan usaha ialah makan HARTA ANAK YATIM
Siapa memaafkan orang akan di MAAFKAN ALLAH
Dan sesiapa mengampuni orang akan di AMPUNI ALLAH
kepada yang pernah kukenali dan pernah menggelarkan dirinya sahabat-sahabatku...aku ingin mengukirkan kata-kata maaf kepada kalian. Maaf atas segala salah silap sama ada melalui kata-kata atau tingkah laku…..atau mungkin juga hati..
Kerana usia hidup tak diketahui oleh manusia…
Bila-bila masa sahaja akan dijemput kembali..
Teman….Sahabat…walau dimana kau berada…doaku semoga kalian sentiasa di dalam keredhaan Allah….amin.
Rasulullah saw bersabda: “Bertakwalah, kemudian tuluslah di antara kamu kerana Allah menyukai ketulusan dan keikhlasan di antara kaum Mukminin”.
Sikap
9 years ago
0 comments:
Post a Comment