BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 18, 2009

SELFish??????

salam...
Semester baru bermula...ini bermakna detik-detik terakhir berada di UTM semakin hampir. ini semester akhir aku berada di bumi Skudai..bukan bermakna segalanya bakal berakhir begitu sahaja...Semester ni awal-awal lagi dah banyak cerita berlaku..
Lucu sangat bila dengar perkataan "selfish"....bukan apa, ramai sangat makhluk tuhan kat kelas aku yang tertanam sifat itu dalam diri mereka. TERBUKTI...
Semester last ni semuanya semakin jelas...kawan pn boleh jadi lawan dalam sekelip mata. apa yang sangat melucukan...hanya kerana masalah SECTION, 4sph retak menanti belah..
kenapa manusia ada sikap seperti ini?? perlu ker sifat ni dalam diri setiap yang bergelar insan? bagus ker sikap macam ni??
takut nak berdepan orang-orang seperti ini...kerana apa??? dorang boleh tikam, lapah, salai kita dari depan, belakang, tengah, tepi, atas, bawah dan dari semua sudut..
bagi yang tersa...insaflah sebelum terlambat kerana ingatlah...KITA TIDAK SENTIASA DI ATAS.."kita bukan pemenang bagi kemenangan yang kita ciptakan sendiri"..

Sunday, November 1, 2009

UTM 2nd last journey...

Huhhh.....
Penat... buku Dah kEmas...BaJu Dah bAsuh...Loker daH tersusuN..Bilik Dah BerSih..
tinggal baju jer belum packing siap lagi...
Esok malam Balik kampUng..yahooooo!!!!!
sedar tak sedar..dah 1 sem kat sini...rasa kejap jer..tunggu 1 bulan lagi..dah final sem..wah-wah...tak saborr nak habis...huhuhuu
sem ni banyak sangat cerita..pasal RC, pasal sosiologi, pasal ladang, Pasal PSM...ada yang seronok..dan tak kurang jugak yang kurang seronok dilalui..
sampai kesudah..dugaan plus dugaan..final exam sem ni semua subjek kena tipu dek lecturer..KONON bagi hint..lain yang study, lain lak yang dorg kuarkan kt final..hampeh tol la..habisla pointer sem ni..tu belum lg masuk cite "cary mark" rendah bagi subjek inovasi...kesian sapa yang belajar dengan lecturer tu..nasib baik aku dah ambik dulu..kalo tak, sama la aku merana dengan kengkawan yang lain...
paper aku pn dah habis..(3 paper je kan..), nasib baik aku tak tersenarai dalam nama untuk BIG untuk cuti ni..kalo tak..meraungla..
malam ni malam terakhir aku kat UTM untuk sem ni..esok sebelum balik kena p ofis KP setel kunci & sewa bilik utk cuti ni..petang lak kena p jumpa penyelia PSM..(berdebar giler nak jumpa Cik Sarimah)..harap-harap tak de la yang menangis esok..
sebelum maghrib dah janji nk bagi motor kat SAM..moga-moga motor aku gembira bersama SAM sepanjang cuti ni..yang nak kawin cuti ni..hah, selamat BERKAHWIN..(strategi lapok..xmau kena hantar posting jauh)..hehehee....ishh, xbaik..dah jodohla..
ermm....dah la kot..nk tido dah..to everyone 4SPH..good luck for your last paper and hapy holiday..

P/S: cuti aku dibayangi modul & PSM...huhuhuhuhuu

Tuesday, October 27, 2009

tamatnya PERJUANGAN RC

alhamdulillah....
lega sangat bila seksa dan derita bt RC dh habis...akhirnya aku dan kawan-kawan seperjuagan sekalian dh lepas dari seksaan yang begitu menyakitkan jiwa, hati dan nurani.
markah???? who care's..!! (habis la...3 kredit tuu..)

sampai ke sudah projek RC group aku kena kondem...truk tol la lecturer kt cni...
apa dorg tau ttg "usaha + kesungguhan" kami menyiapkan projek tu?
EN M (pembantu lecturer jer pn) cakap projek kami cam projek budak sekolah..
cakap besar tol...dia ingt dia hebat sgt kot...stakat junior aku kt POLIMAS jer dulu dia tu..xyah nk berlagak..geram tol la bila usaha dan idea kita diperlekehkan seolah-olah tiada harga..
hari presentation...group aku cool jer walaupun dalam hati panas cam kena bakar dengan kutukan dari en M (pembantu lecturer jer pn) dan en N. se'cool'2 hera pun, sempat lagi jawab bagi men'defend' projek kami...waaaa...cayala hera..
thanks a lot to EN IS...
tanpa sokongan dan batuan beliau...aku rasa dah lama aku drop subjek ini...
TEKANAN,STRESS,SAKIT HATI.....pergi jauh-jauh ikut EN M (mastermind)...p kacau hidup dia lak..

SEKARANG...minggu final exam lak...3 papers sem nih...3 papers pun subjek killer2...anyway...do da best...buktikan kt semua bakal2 cikgu ni otak power2..
kawan2...ni sem 2nd last..INGAT!!

p/s: PTPTN XYAH BAYAR Oii KALO DPT 1ST CLASS...cayalaaa

Wednesday, October 7, 2009

Pembinaan Soalan

Check out this SlideShare Presentation:

Tuesday, September 15, 2009

Ramadhan berlalu...sinar syawal menjelma

masa begitu pantas berlalu....tanpa sedar bulan yg penuh dengan kenikmatan kepada umat manusia kini akan berlalu meninggalkan kita..kedatangan ramadhan yg dinantikan dulu kini bakal berlabuh di ufuk mentari syawal....
alhamdulillah...
selesai ibadat berpuasa yg kita jalani..semoga ramadhan pada tahun ini penuh bermakna..dan semoga kita masih mempunyai kesempatan untuk merasai nikmat bulan kerahmatan ini pada tahun hadapan...insyaAllah...
syawal yang dinanti bakal kunjung tiba...raikan kemenangan kita selama sebulan di bulan ramadhan...sambutlah kedatangan syawal dengan penuh rasa kesyukuran...
SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA...SEMOGA BERBAHAGIA SENTIASA DIHARI BAHAGIA BERSAMA KELUAGA TERCINTA...

Sunday, September 13, 2009

...."hati ini menangis..."

RAMAI antara kita yang terlalu mudah tersinggung dan lantas menangis. Menangis dan terus menangis. Benar bukan?
Mengapa mesti mengeluarkan air mata? Bukankah air mata itu amat berharga untuk kita? Patutkah ianya dibazirkan begitu sahaja? Apa perlunya menangis?
1) Ada orang menangis kerana hatinya disakiti. Apabila diperlakukan oleh seseorang dengan tindakan yang tidak digemari, mereka mudah untuk menangis. Perkara ini mudah berlaku kepada kaum wanita. Benar bukan?
2) Ada juga yang menangis kerana meratapi kehilangan atau pun kematian seseorang yang amat mereka kasihi. Ibu, ayah, adik-beradik atau pun orang yang terdekat.
3) Ada juga yang mengeluarkan air mata lantaran gagal untuk mengawal tekanan emosi yang terlalu menghambat diri. Mungkin disebabkan bebanan di tempat kerja atau tugasan-tugasan yang diletakkan sepenuhnya kepadanya.
4) Tidak kurang juga mereka yang menangis kerana terlalu gembira. Ya, terlalu gembira juga boleh meyebabkan kita mengeluarkan air mata. Itulah yang dipanggil air mata gembira.

BENAR...kadang-kadang kita perlu menangis..
menangisla hati...menangisla jiwa..
moga dengan tangisan itu dapat melunturkan rasa kedukaan di jiwa...
moga dengan air mata itu dapat mengembalikan seri warna hidup ini yang diselubungi awan hitam...
menangislah...
Laluan kehidupan tidak mudah. inilah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang
menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air
kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan.
Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Friday, September 11, 2009

sept 16...muncul jua akhirnya...

hari yang paling ku tunggu..setiap detik ku hitung..akhirnya, ia datang jua..
16 september..hari paling seronok..BALIK KAMPUNG!!!

Tuesday, September 8, 2009

Jiwa KAcau...


marah,bengang,kecewa....
tula yang aku rasa petang td...
pengalaman pertama aku dgn seorang "lecturer" kerek yang buget bagus...
selama ni aku dgr citer dr kwn2 klas aku jer perangai "lecturer" yg sorg ni...arini aku sendiri dah kenal sapa dia sebenarnya...
memang teruk dapat lecturer cmtu...sangat berbakat untuk membuat student2nya jadi gila pada usia muda...pentingkan diri sendiri...dan bukan seorg pembimbing yang bagus...
xpernah nilai harga sebuah usaha...xpernah pandang kesungguhan student2nya...
tension tol jd salah sorg student dia...kesian sgt kt kwn2 seperjuangan aku sekalian..
aku juga bakal seorg pendidik...
aku harap aku tidak akan menjadi seperti "lecturer" itu yang terus akan dibenci oleh student2nya..
ya Allah..peliharalah aku daripada menjadi seorg manusia yang menzalimi org lain..amin..

P/s: kawan-kawan...doa org yang teraniaya...Tuhan makbulkan..InsyaAlllah

Monday, September 7, 2009

Bahasa Al-Quran

ermm...masa kt kelas pneumatik td, ader sorg kawan aku tu mintak aku masukkan bahasa arab dalam blog aku ni. katanya, "bagus belajar bahasa arab..banyak faedahnyer."(mesti kita ingat ni baik jer kan? memang dia baik pun, tapi kat kelas tadi asyik mengantuk jer..huhuuu)
uhmmm..naper perlu tahu bahasa arab?
Jawapan utama untuk pertanyaan tersebut adalah bahasa Arab merupakan bahasa Al-Qur'an, inilah yang menjaga bahasa Arab menjadi bahasa utama hingga lebih dari 1400 tahun peradaban Islam.

Jom kita tgk sikit apa yang boleh kita belajar dalam bahasa arab ni...

Mar-haba = Hai,hello
Ahlan-Wa-Sahlan = Selamat datang
Shukran = Terima kasih
Aasif = Maaf
Afwan = Excuse me
Kam = Berapa?
Na'am = Ya
La = Tidak
Mabruuk = Selamat
Yamiin = Kanan (arah)
Yasar = Kiri
Ana = Saya
Anta(L) / anti(P) = Awak
taffadhol = Silakan
ma fi musykilah = tiada masalah @ no problem
Mustasyfa = Hospital
al-Ma' = Air
Hadaf = Tujuan

Note:
man Huwa/Hiya? : Siapa Dia ?
Huwa: Dia (lelaki)
Hiya: Dia (perempuan)
Huwa Thaalib : Dia Pelajar (lelaki)
Hiya Thaalibah : Dia Pelajar(perempuan)
Huwa Thabiib : Dia Doktor(lelaki)
Hiya Thabiibah : Dia Doktor(perempuan)
Huwa Taajir : Dia Pedagang (lelaki)
Hiya Taajirah : Dia Pedagang (perempuan)

As-salaam-alaikum = Assalamu'alaikum (keselamatan atasmu (salam dalam Islam)
Kaifa-haluk? = Apa khabar?
Kam-is-sa'ah? = Pukul brapa sekarang?
Al-hamdu- lillah = Alhamdulillah (sering digunakan sebagai jawapan untuk menyataan khabar)
Ma'as-salama = Selamat tinggal
maa ismuka? ( atau dibaca masmuka?) = siapa namamu (lelaki)
maa ismuki? ( atau dibaca masmuki?) = siapa namamu (perempuan)
ismiy Samsul Nahar = nama saya Samsul Nahar

Sunday, September 6, 2009

NILAI sebuah KeMaaFan

semalam...aku terfikir...teringat kembali cerita lama yang pernah aku lalui dahulu. suka duka, gelak tawa..aku ingati satu persatu...mungkin..mungkin dulu aku pernah menangis kerana satu nilai persahabatan yang padaku begitu erat terpatri yang telah hilang kerana kekhilafan ku sendiri..
aku sedar aku tidak sempurna...


Sebaik-baik kaya ialah KAYA HATI
Sebaik-baik bekal ialah TAQWA
Seburuk-buruk buta ialah BUTA HATI
Sebesar-besar dosa ialah BERDUSTA
Seburuk-buruk usaha ialah memungut RIBA
Seburuk-buruk makanan usaha ialah makan HARTA ANAK YATIM
Siapa memaafkan orang akan di MAAFKAN ALLAH
Dan sesiapa mengampuni orang akan di AMPUNI ALLAH


kepada yang pernah kukenali dan pernah menggelarkan dirinya sahabat-sahabatku...aku ingin mengukirkan kata-kata maaf kepada kalian. Maaf atas segala salah silap sama ada melalui kata-kata atau tingkah laku…..atau mungkin juga hati..
Kerana usia hidup tak diketahui oleh manusia…
Bila-bila masa sahaja akan dijemput kembali..

Teman….Sahabat…walau dimana kau berada…doaku semoga kalian sentiasa di dalam keredhaan Allah….amin.

Rasulullah saw bersabda: “Bertakwalah, kemudian tuluslah di antara kamu kerana Allah menyukai ketulusan dan keikhlasan di antara kaum Mukminin”.

MAKAN vs HALAL

salam ramadhan..
sedar tak sedar...dah 16 hari kita berpuasa. kejap jer rasa..ermm...seronok bila tiba bulan puasa. bukan kerana apa, ni ramadhan last aku kt UTM. ermm,hari2 p pasar ramadhan kt FAB. dah cam jadi rutin lak..tp puasa kali ni berbeza ckit dari biasa...makan pun dh tak seberapa. nak kata jaga badan, tak jugak. di bulan yang baik ni, mari kita renung sekejap naper kita perlu pilih makanan yang kita makan..pernah tak tertanya dalam fikiran kenapa kita perlu makan makanan yang halal?
xyah fikir susah-susahla...cuba bayangkan kalau kita ni jenis tak memilih....tak pernah kesah halal atau haram...mesti bangkai-bangkai binatang yang kat tepi-tepi jalan tu bersih kena sapu...berebut-rebut orang nak ambik..makan..eiiii...nauzubilllah..try pikir jap naper yek kita perlu makan makanan halal?

Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal.

 Perintah Tuhan
Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita.

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
“Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
(Surah al-Baqarah: 168)

Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan:
“Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)

Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)

 Mengelakkan daripada azab Neraka
Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di Akhirat.

Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya. (Riwayat Thabrani)

Maksud Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)

 Doa makbul
Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.

Rasulullah bersabda:
“Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda; “Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan.” (Riwayat Thabrani)

 Diterima Amalan
Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.

Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)

 Hati bersih
Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).”

P/S: jom p pasar ramadhan kat taman u plak hari ni...

Friday, September 4, 2009

-KEINSAFAN- muncul lah ke dalam diri

Wednesday, September 2, 2009

Berakhirnya sebuah kisah...


semester ni adalah semester best yg meninggalkan byk kenangan..sebelum semester akhir tahun depan muncul, sudah tentu semester ni perlu dimanafaatkan sebaik mungkin..pengalaman yg paling best buat aku semester ni ialah.....bela ayam. mula2 comel jer ayam2 tu..geram jer tgk..cute miut..tp lama kelamaan hilang terus cute miut tu. selalunya bila kena giliran aku p bagi mkn ayam..fuh..mlsnyer. bukan apa, busuk tol bau ayam2 tu. tu belum citer bau najis dia lagi..eiii..tp apa nk buat, dh tanggungjawab kenala jgk bt.

selama lebih kurang 32 hari dok p mai,p mai ladang sambil tutup hidung, akhirnya..sekalian ayam2 tu tiba dihari terakhir hidupnya. 27/08/2009 tepat jam 8.30 pagi..ayam2 tu semua disembelih bergilir2 sehingga habis. haritu brapa ratus ekor ayam xtaula plak aku yg disembelih..kecian plak tgk ayam2 tu..sedih pn ader sb slama ni busuk2 pn dok slalu tgk dorg membesar...xsampai hati lak tgk dorg disembelih. haritu sebijik cm hari kenduri kawin. ramai2 bdk klas aku dok pakat cabut bulu ayam..mmg bau bdn kiteorg pn dh cm bau ayam. apa lagi, sedap jer encik Rosnizam cakap masa kelas sosiologi.."uii..bau ayam la kt klas ni.."sambil menutup hidungnya. sabar jela...

yang pasti daripada usha tu, ayam2 tu semua habis dijual.berebut makcik dan pakcik PK beli ayam2 tu..sedap sgt kot ayam yg kiteorg bela tu..untung? xyah cakapla..berlipat-lipat kali gandanyer..kalah tokey ayam kt luar UTM tu..tp sygnyer duit tu bleh sentuh dan tgk jer, pastu kena bagi kt puan salina. (huhuuu...sedih tol).

skrg...ayam dh tiada. tinggal reban jer. tu pun dh clear, dh cuci bersih..xtau la nk ckp cmner. nk kata sedih tu ader lak kot ckt2 sb ayam tu dh xder. rindu plk kt dorg..tp yg bnyknyer...SERONOK!! sebab dh xyah bagi makan ayam...xyah tutup hidung nk tahan bau busuk..hehehee...ayam, sejak bela korg...aku dh tak berapa nak berslera nk mkn ayam...huhuhu

Tuesday, September 1, 2009

PAKAT BELAJAR BAHASA KELANTAN

sapa kata lohgat kelate susah..meh kita pakat blajar. ni aku ambik dari orang punya gak..jom blajar..

1. ASAS
Penggunaan bahasa kelantan yg melibatkan perkataan yg mempunyai akhiran ‘an’,'am’ dan ‘ang’ biasanya akn diganti dgn huruf ‘e’..cara sebutan adalah seperti menyebut perkataan ‘moreh’…

Cth perkataan ialah :

Jangan = jange
Lengan = lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
kenangan = kenange

2. PEMAHAMAN
perkataan yang berakhir dengan ‘a’,'o’,'e’ biasanya (bukan semestinya) diganti dengan ‘o’
(dan ‘o’ disini seperti sebutan dalam ’sore’ dan ‘roar’ dalam bahasa Inggeris, bukannya seperti ’sow’ dan ‘row’


Buka = buko
mana = mano
baka = bako
nangka = nako


3. PENGUKUHAN
peranan “SABDU” dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi. Sekadar contoh,

MAKE KETENG = MAKAN KANTIN (patah gigi karang)
MAKE KKETENG = MAKAN DI KANTIN

TOK PAKA = TAK PAKAI
TOK PPAKA = TAK BOLEH PAKAI/TAK BERGUNA

KECEK = TIPU
KKECEK = BERCAKAP

MAYE SEJID = SOLAT MASJID (solat tahiyyat masjid adalah, solat masjid takde!)
MAYE SSEJID = SOLAT DI MASJID

4) PENGAYAAN
Ada beberapa “bunga bahasa” dalam loghat kelantan yang unik..
Antaranya:

YAK = lebih kurang “opocot!!!” atau “oops!!”
DEH? = memohon restu atau persetujuan…lebih kurang “OK?”,
GAK = lebih kurang “habis tu..” atau “so..”
PAH? = lebih kurang “GAK”
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = “ya lah..” atau “yes”
DOCK? = lebih kurang “bukan?”, “betul tak?” atau “isn’t it?”
LAMOKE = nanti kan

5. PEMULIHAN
Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:

manis LLETING = sangat manis
masing PPEGHAK = sangat masin
pahit LLEPE = sangat
mase PPUGHIK = sangat masam
tawa EBER = sangat tawar
putih SSUEH/SSEMBO = sangat putih
hite LLEGE = sangat hitam
biru KKETU = sangat biru
kuning NNEHE = sangat kuning
kenye BBONYAH = sangat kenyang
comel LLOTE = sangat cantik
gemuk DDEBOK = sangat gemuk
busuk BBANGA = sangat busuk
hapok KOHONG = sangat hapak
nnakut APAH = penakut sangat
ceghoh JEGHILOH/BBOLE = sangat terang
jatuh CELABOK = jatuh sangat teruk
kuca HANYA = sangat bercelaru

6. MAKLUMAT TAMBAHAN
istilah kelantan yang biasanya orang salah faham:

selalu = terus (cth: wak selalu = buat terus)
rajin = pernah (cth: rajin gi nara = pernah pergi narathiwat)
buje(bujang) = janda (bukannya dara/teruna)
kote = kering (kitorang bukan mencarut bila sebut perkataan ni, cth: nyo kote = kelapa takde air)
patat = dasar (pun bunyi macam mencarut tapi bukan, cth: patat sunga = dasar sungai, patat koli = lempeng)
tuak = air nira fresh (bukan tuak sarawak, yang ni tak mabuk)
gedut = kecik (bukan gendut/gemuk, cth: bah gedut = bas mini, selua kaki gedut = seluar carrot-cut)

maksud pada huruf pertama - anis (A)

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

Monday, August 31, 2009

TIPE X - Sakit Hati

Sakit hati... bikin sakit hati
Semua ini terjadi berkali-kali
Nggak pernah aku mengerti mengapa begini
Masih saja kau s'lalu ingkar janji

Cobalah rasakan apa yang kurasa
Hati ini sakit di bohongi
Setiap kali kau tebar ribuan janji
Nggak pernah terbukti cuma mimpi


Kau taburkan bunga di angan-angan
Hingga jiwa raguku melayang
Saat semua kembali aku tersentak
Yang kurasa hanyalah kecewa

Tiada manusia terlahir sempurna

tak ada manusia yang terlahir sempurna..
jangan kau sesali segala yang telah terjadi...
kita pasti pernah dapatkan cobaan yang berat...
seakan hidup ini tak ada ertinya lagi...
syukuri apa yang ada...
hidup adalah anugerah...
tetap jalani hidup ini...
melakukan yang terbaik...
Tuhan pastikan menunjukkan...
kebesaran dan kuasaNya...
bagi hambaNya yang sabar dan tak kenal putus asa....