BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 5, 2010

KERABAT KAH AKU????


macam mimpi bila dilahirkan dengan nama TENGKU. betul..
sebab dulu aku pelik sangat bila nama aku dimulai dengan TENGKU dipangkalnya. Ayah aku pun bermula dengan nama tersebut. begitu juga adik beradik aku yang lain...tapi tidak bagi ibuku...namanya biasa seperti orang lain...
dari kecil aku tertanya-tanya tentang asal pangkal nama aku itu..kenapa perlu ada tengku..??? masa kat sekolah, biasanya nama aku akan berada di akhir senarai pelajar..kerana huruf "T" itu..
persoalan terus bermain difikiranku...kenapa panggilan untuk ayah aku tidak sama dengan ayah orang-orang lain?? abah? bukan..ayah? bukan..papa? bukan..abi? bukan...bukan...bukan...!!!!
dari kecil aku panggil ayah aku dengan panggilan "KU"..bagi ahli keluarga, sepupu-sepupu, sanak-saudara sebelah ayah aku...tak pernah timbul rasa janggal kerana mereka juga memanggil ayah mereka dengan nama yang sama. malah nama mereka juga bermula dengan TENGKU.
pernah aku ke rumah nenek saudara ayah aku...dia tinggal kat Peringat, Kota Bharu. masa ayah aku bercakap dengan dia, macam pelik jer dengar...bahasa yg dorang guna tu...santap, bersiram, beradu...itu yg aku ingat la...yg lain aku tak ingat dah..
aku pernah bertanya pada nenek aku tentang asal usul keturunan aku..dia pernah bercerita...
dia dengan sultan kelantan sekarang...sepupu..so, ayah aku tu anak sepupu sultan la???? nenek aku cerita macam-macam. banyak sangat susur galurnya...tapi yang aku tau semuanya bernama TENGKU...jadi aku ni memang kerabat ker?
ibu crita..masa aku dan adik-adik aku dilahirkan, kami disediakan dengan kain kuning dan 7 das tembakan senapang...macam tak percaya..tapi rata-rata semua cerita perkara yang sama. masih aku ingat, masa adik lelaki aku nk berkhatan...penuh dengan istiadat.kain kuning tak boleh tinggal...
ibu selalu pesan dan ingatkan aku adik beradik...jangan makan 2 benda...1,rebung...2, ikan "kache"...aku pn tak tau ikan apa tu...tapi ibu kata kalo ikan yang tak pernah makan kat umah, jgn makan...dan lagi 1 jangan dekat dengan pokok buluh betong...(aku pn xkenal buluh betong cmner)
diceritakan bahawa keturunan aku kena pantang semua tu sebab kena sumpahan...dah ada yg kena sb langgar sumpahan tu...kata ibu, darah raja tu masih ada lagi...aku ikut jer kata ibu aku...
apa yg buat org tak percaya aku ni kerabat????
sebab aku tak sekaya kerabat yang lain...dan hidup aku pn tak macam kerabat...kengkadang aku pn rasa tak percaya pada asal keturunanku...pernah aku terbaca kad undangan dari istana kepada ayahku untuk ke majlis kerabatnya.dan pernah aku dan keluargaku mengziarahi saudara terdekat ayahku yang meninggal dunia dan dihadiri oleh Al-sultan kelantan...masa tu aku btl2 terkejut..kerabat rupanya aku ni...
TAPI....tetap ada yang kata aku hanya hidup bersandarkan nama TENGKU itu saja...nak glemour...btl ker?
apa-apa pn, aku tak kesah...aku tak pernah rasa nama ini membuat aku glemour..bagi aku, diri seseorang itu terletak pada hati..bukan pada namanya...walau apa sahaja yang tuhan bagi padaku dan keluargaku...aku syukuri..semuanya ada hikmah yang tersendiri..orang nk kata apa...itu hak orang..(mulut orang)
yang penting kita tau siapa kita.
ANYWAY...kepada sesiapa yang tak percaya pada kerabat dan asal keturunanku...jangan risau...anda boleh berkata apa saja...boleh fitnah, kutuk, hina atau apa sahaja...
tapi ingat...setiap yang terjadi di muka bumi ini, Tuhan tidak menciptakan ia dengan sia-sia...

P/S: kita bebas bersuara....namun ada had batasannya...

2 comments:

iera said...

sorry.. tersasar di jalan mu.. eh silap.. tersasar berhikayat... heee.. sorry deh! =>

anis umairah said...

xleh makan rebung sebabnya....ibu xpenah ajar mkn rebung. kerana buluh betong adalah pantang keturunan aku. ibu takut anak2 dia termakan rebung dari buluh betung...itu yg aku tau la..