BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 30, 2010

adik eira...


adik eira...
kita manusia biasa...ada silapnya. we are not perfect at all..
sy xsalahkan awk...biasala, dlm mengutarakan kata-kata dan bicara, kadang-kadang kita lupa pada perasaan sang pendengarnya. saya akui itu..kerna saya juga tidak lari dari kesalahan itu..
adik eira...
saya xambik pusing pn perkara itu...mungkin terbit rasa sedikit kecewa dan sedih..namun telah saya padamkan ia untuk berlalu pergi bersama masa. bagi saya, saya tidak kesah apa nilai yang orang hendak letakkan pada diri kita kerana bukan semua yang ada pada kita perlu diceritakan kepada dunia...yang penting, kita tahu...tuhan tahu..
adik eira...
pengajaran yang paling bermakna apabila kita sedar akan kesalahan kita dan berpaling untuk menginsafinya...
adik eira....
saya dah anggap awk mcm adik saya sendiri...

Tuesday, January 5, 2010

KERABAT KAH AKU????


macam mimpi bila dilahirkan dengan nama TENGKU. betul..
sebab dulu aku pelik sangat bila nama aku dimulai dengan TENGKU dipangkalnya. Ayah aku pun bermula dengan nama tersebut. begitu juga adik beradik aku yang lain...tapi tidak bagi ibuku...namanya biasa seperti orang lain...
dari kecil aku tertanya-tanya tentang asal pangkal nama aku itu..kenapa perlu ada tengku..??? masa kat sekolah, biasanya nama aku akan berada di akhir senarai pelajar..kerana huruf "T" itu..
persoalan terus bermain difikiranku...kenapa panggilan untuk ayah aku tidak sama dengan ayah orang-orang lain?? abah? bukan..ayah? bukan..papa? bukan..abi? bukan...bukan...bukan...!!!!
dari kecil aku panggil ayah aku dengan panggilan "KU"..bagi ahli keluarga, sepupu-sepupu, sanak-saudara sebelah ayah aku...tak pernah timbul rasa janggal kerana mereka juga memanggil ayah mereka dengan nama yang sama. malah nama mereka juga bermula dengan TENGKU.
pernah aku ke rumah nenek saudara ayah aku...dia tinggal kat Peringat, Kota Bharu. masa ayah aku bercakap dengan dia, macam pelik jer dengar...bahasa yg dorang guna tu...santap, bersiram, beradu...itu yg aku ingat la...yg lain aku tak ingat dah..
aku pernah bertanya pada nenek aku tentang asal usul keturunan aku..dia pernah bercerita...
dia dengan sultan kelantan sekarang...sepupu..so, ayah aku tu anak sepupu sultan la???? nenek aku cerita macam-macam. banyak sangat susur galurnya...tapi yang aku tau semuanya bernama TENGKU...jadi aku ni memang kerabat ker?
ibu crita..masa aku dan adik-adik aku dilahirkan, kami disediakan dengan kain kuning dan 7 das tembakan senapang...macam tak percaya..tapi rata-rata semua cerita perkara yang sama. masih aku ingat, masa adik lelaki aku nk berkhatan...penuh dengan istiadat.kain kuning tak boleh tinggal...
ibu selalu pesan dan ingatkan aku adik beradik...jangan makan 2 benda...1,rebung...2, ikan "kache"...aku pn tak tau ikan apa tu...tapi ibu kata kalo ikan yang tak pernah makan kat umah, jgn makan...dan lagi 1 jangan dekat dengan pokok buluh betong...(aku pn xkenal buluh betong cmner)
diceritakan bahawa keturunan aku kena pantang semua tu sebab kena sumpahan...dah ada yg kena sb langgar sumpahan tu...kata ibu, darah raja tu masih ada lagi...aku ikut jer kata ibu aku...
apa yg buat org tak percaya aku ni kerabat????
sebab aku tak sekaya kerabat yang lain...dan hidup aku pn tak macam kerabat...kengkadang aku pn rasa tak percaya pada asal keturunanku...pernah aku terbaca kad undangan dari istana kepada ayahku untuk ke majlis kerabatnya.dan pernah aku dan keluargaku mengziarahi saudara terdekat ayahku yang meninggal dunia dan dihadiri oleh Al-sultan kelantan...masa tu aku btl2 terkejut..kerabat rupanya aku ni...
TAPI....tetap ada yang kata aku hanya hidup bersandarkan nama TENGKU itu saja...nak glemour...btl ker?
apa-apa pn, aku tak kesah...aku tak pernah rasa nama ini membuat aku glemour..bagi aku, diri seseorang itu terletak pada hati..bukan pada namanya...walau apa sahaja yang tuhan bagi padaku dan keluargaku...aku syukuri..semuanya ada hikmah yang tersendiri..orang nk kata apa...itu hak orang..(mulut orang)
yang penting kita tau siapa kita.
ANYWAY...kepada sesiapa yang tak percaya pada kerabat dan asal keturunanku...jangan risau...anda boleh berkata apa saja...boleh fitnah, kutuk, hina atau apa sahaja...
tapi ingat...setiap yang terjadi di muka bumi ini, Tuhan tidak menciptakan ia dengan sia-sia...

P/S: kita bebas bersuara....namun ada had batasannya...

Sunday, January 3, 2010

YANG KAN TERJADI KAN TETAP TERJADI

di ketika ini..keadaan tiada mengizinkan...
untuk kulafazkan kata-kata..
meluah perasaan..
tapi...
ku menyakini yang kan terjadi tetap terjadi
usah ada gesaan apa lagi suatu paksaan..
kau tahu diriku serba tiada
ku ingin lebih bersedia..
lalu di atas nama cita-cita..
kau ku tinggalkan sementara
dengan percaya engkau akan mengerti..
dan sabar menanti...
berdoa berdoalah sayang...
sepenuh keyakinan...
bukan berjanji..bukan bersumpah
cuma percaya..
ku kan pulang padamu jua...
apa yang terjadi kan terjadi
dengan keizinan ILAHI..

*QIARA*

Saturday, January 2, 2010

HIKAYAT 4SPH 09/10

Tersebutlah kisah sebuah hikayat,
Di bumi Skudai UTM puncaknya,
Kisah warga 4SPH09/10 di sini tersurat,
Pahit dan manis bersama dirasa.

4SPH warganya ramai,
87 orang penghuni setia,
Hidup sejahtera aman dan damai,
Tapi bergaduh, berpuak...itu biasa.

Kita mulakan dengan penghulunya,
Kalau tak salah NASIR namanya,
Segak dan tampan empunya rupa,
Tapi AWAS...mulutnya lazer..

Kadang-kadang dia juga ketua,
Bila ketawa macam tertelan speaker,
SHAMSUL NAHAR orang yang dicerita,
Gayanya matang macam orang tua...hahahaa

Bila sebut geng ibu-ibu mithali,
Terbayang di mata wajah-wajah mereka,
LIZA, YUGA, EMA ,YAN, KAK FIDA, BAIE dan MILI,
Masih mengancam...kalah anak dara.

Ini pula golongan isteri-isteri,
Pantang dengar cuti, mesti dorang paling happy,
INA, ANGAH, E-J, KAK MAH, AYU TINGGI, IZA, NOI, DILA dan KAK TIE,
Mestila balik, suami dok menanti..

NOOR dan ERNI bagaikan si kembar,
Berkawan rapat sehati sejiwa,
Semua nak sama dari rambut hingga selipar,
Berteman baik waktu menangis dan ketawa.

Cara pakai, cara cakap pn menjadi perhatian,
Wajah jelita pujaan ramai jejaka,
Hadirnya dia 4SPH tak kesepian,
Tak lain tak bukan, MISS FARADILA la gerangannya.

Dua pasang merpati sejoli,
SEPUL dan LINDA, TIKAH dan SOPI,
Berkepit ke sana, berkepit ke sini,
Jangan jeles..dah jodoh dorang la ni..

TOH dah kawin, PEGGY belum lagi,
RUN LI plak mungkin masih mencari,
KA LING tak kesah sebab dah ada laki,
YEK lagi relex, sebab dia sayang Dr willy.

RONALD dan DONALD nama nak sama,
Fizikalnya lain, gaya berbeza,
Dari sabah hensem orangnya,
Dua-dua tak sombong bahkan cukup mesra.

Budak PALAPES gagah perkasa,
Sifat sebenar seorang lelaki,
Empat teruna penuh bergaya,
Mereka ialah KORI, AMIN, PIAN dan ZAKI.

Skali tengok macam nak sama,
Dua kali tengok, sah-sahla berbeza,
Empat orang gadis comel SPH dorangla yang konker,
Siapa tak kenal, IDAH, AIDA, NURUL dan DIANA.

Suka melaram mengalahkan artis,
DAYAH seksi gelaran diberi,
Lemah lembut sifat si gadis,
Dah ada yang ”cop” nk buat bini.

Ini plak geng bersopan sepanjang masa,
Dalam kelas beri tumpuan,
NIK AIN, GEE, YANI, AZAH, ATIP, SUZANA, SURIATI, ZURAIDAH dan MEEZA,
Dorang ni senyap jer, control ayula katakan...huhuu

Geng ”janggok” 4SPH pun ada juga,
AISHAH, AWIN, ZAIRIN, DAYAH CHE MAI dan FARHATI,
Pi bengkel, Pi ladang..make up tak lupa,
Mesti la…diri mesti cantik biar pun kena perli.

Kecik kecik cili padi,
Walaupun kecik, main bola dia handal,
CIK SITI NORIDAYU nama diberi,
Teror wooo...main futsal.

Kulit putih senyuman menawan,
Tauke kerongsang suka menyanyi,
Muar asalnya si DIJAH MISPAN,
kalo ader dia..habisla, mesti tak sunyi.

ZUL dan HARIS jejaka Malaya,
Suka bergaya mengalahkan model iklan,
Bukan nak kata dorang ni ”koya”,
Tapi biasala...jaga imej jejaka tampan.

Gadis India cantik sekali,
JEYAMANI, JAYA dan juga KITHA,
Mereka cukup pandai menari,
Jaguh kat UTM, bangga SPH kita.

Mangsa gosip terhebat, JARD dan SHA,
Kawan-kawan gelarkan ”Pasangan bahagia”,
Dorang tak kesah orang nak kata,
Pada dorang.......biarla rahsia.

Gadis Perak namanya SURIANI,
Jejaka Sabah namanya JUMAT,
Berkawan baik dari dulu hingga kini,
Semua tahu dorang berdua memang rapat.

Ini pula geng macho kat kelas,
SHAH, DIN, NAPI dan POJI,
Buat kerja rajin, xpernah malas,
Lagi rajin kalo ader yang puji.

Budak bijak namanyer SYAFIZ,
Ramai kata dia kembar si Black,
Dahla bijak, langsung tak selfish,
Betul ker ni....bunyinyer cam pelik je..hehehee

BAI si jejaka baik hati,
PAK DO dan WAN gagah perkasa,
Mereka ada kelebihan tersendiri,
Hanya dorang tahu ada kelebihan apa.

Kejap ada, kejap tak ada,
Itu lah dia si licik NADIA,
Si ALIN plak sibuk bercinta,
Hidupnya happy, tengok cam relex je.

dua-dua anak pakcik Idris,
Sorang nama AIN, SOrang nama RAIHAN,
tapi bukan adik, bukan kakak dan bukan waris,
kebetulan jer sama..tapi takde apa-apa kaitan.

ERIN dan MAS si gadis tinggi,
Sama cantik, sama menarik,
Masing-masing tak sabar nak habis mengaji,
Tunggu si dia masuk merisik.

Kulitnyer gebu putih berseri,
ASILAH dan NAD anggun orangnya,
Yang ni plak pernah jadi MPP fakulti,
SAMSINAR dan PMI cukup setia.

CRYSTAL datang nun jauh di sana,
Membawa semangat menuntut ilmu,
Naik kapal terbang jauh tak terasa,
Dari Sabah, keluarga berpisah demi menjadi seorang guru.

Yang sorang ini cukup terkenal,
Ada blog ”bayu di hatiku”,
Sleng Tganu tak leh nak tinggal,
Kalo nak dengar, HERA kabo slalu.

Rakyat 4SPH semuanya dah ditintakan,
Rasanya dah cukup 87 orangnya,
Termasuk aku lengkapla diceritakan,
Aku punya tak yah tulis, sebab blog ni aku yang punya. hehehe

Kepada semua rakan dan taulan,
Aku pohonkan seribu kemaafan,
Andai tersilap,terkasar perbuatan,
Seloka ini hanya buat hiburan,
Tanda ingatan sebelum perpisahan,
Semoga 4 SPH 09/10 sentiasa dalam kenangan.

P/S: erni slalu ckp blog aku xbest..huhu

Friday, January 1, 2010

NEW year..

salam...
dh lama tak jenguk ker blog ni...xtau naper...rasa cm mals lak nak bukak blog sendiri..
sekarang byk keje...tp still relex jer..cm xder keje jer rasa..
nama jer final sem, tp relex sgt lagi...(inilah penyakit yg berbahaya dan boleh membawa maut...penyakit MALAS!)
sebenarnyer, banyak sangat benda yg wujud dalam saraf kepala ni...
banyak yg nk dipikir...PSM, kewangan, masalah pribadi, baru2 ni ditambah lak dengan masalah "org busuk" ati buat fitnah kt aku..hhuuhhuuu..sedih
bayangkan jika ader org yg cuba nak jatuhkan kita...uiiii...susah nk trima.
aku mengaku, aku bukan baik, sempurna dan sebijak org lain..NAMUN...
aku juga ader prinsip sendiri...walau "selazer" mana pn mulut aku, demi tuhan aku xpernah nak tikam kwn dari belakang seperti fitnah yg ditabur oleh seorg "cendikiawan" itu..
sangat2 aku tak sangka, walaupn "cendikiawan" itu tergolong dalam golongan yg bijak bistari,tak pernah miss dean list every sem...tapi sanggup buat fitnah kat org.issshhh...betul2 tak sangka..
dua hari aku tak leh nak tido. pejam jer mata mesti nampak muka "cendikiawan" tersebut..ader gak terlintas di sanubari aku nk p bersemuka dgn dia, tnya apa sebenar2nya masalah dia dgn aku..tp bila pikir kali ke-2, niat tu aku kuburkan. aku ni panas baran...takut kang aku yg over lak..silap2 kena gantung pengajian aku kalo la aku terlempang ker muka beliau yg cantik dan anggun tu ataupn terjadi perkara2 diluar kawalan kewarasan seorg manusia.
bila fikir balik...mungkin ini ujian Allah nk bg kt aku. Dengki, khianat tu biasala..org bila tgk kita happy sikit mula la syaitan dtg hasut suh buat dajal kt kita. ingat2 skali kesian lak aku kt si "cendikiawan" ni..bukan apa..mungkin jiwa dia kacau masa tu..(hahahhaaa...+ve thinking)
ishh....apa aku mengarut nih...??? aku nk citer pasal tahun baru..p merapu2 lak..

OK...
tahun baru...2010..InsyaAllah aku grad taun ni. azam aku taun ni...first,aku nk habiskan perjalanan aku kt UTM ni dgn dapat 4.00 untuk sem nih...n nk dpt 1st class utk dihadiahkan kepada kedua ibubapa aku (MA dan KU)
lagi..aku nak usaha untuk capai impian n azam aku yg pertama tu..isyaAllah
Ya Allah...kau permudahkan segala urusanku, berkatilah usahaku dan berikanlah kejayaan kepadaku serta semua kawan2ku...Amin..

P/S: AGAK MUSTAHIL UNTUK MENJADI YANG TERBAIK, NAMUN KITA BOLEH BERUSAHA UNTUK MENJADI YANG TERBAIK...